Friday 17 August 2012

BEN dan TESL

Salam,

Hampir setiap kali saya bertemu dengan kenalan2 saya, tak kira lah sahabat-handai ataupun keluarga, soalan wajib yang akan ditanya kepada saya:

"Kau amik course ape weh?"

"Wan amik course apa?"


Saya jawab dengan ringkas tapi padat:

Saya amik BEN. Bachelor of English. BEN ni bukan TESL ya. Dia nampak je iras, tapi langsung tak seiras. TESL ni macam durian. BEN ni pulak durian belanda."


Hah.
Jawapan saya macam tu sebab dah muak dengan following question lepas tu.

"TESL ni BEN ke? BEN tu TESL ke?"

AHH!!

Shut up and read.

Siapa kata kedua-dua buah ini serupa???

Durian dengan durian belanda sangat berbeza walaupun dua2 nama dia durian. Sebenarnya durian belanda dan durian bukanlah datang dari keluarga yg sama. Durian belanda datang dari keluarga yg sama dengan buah serikaya/ cherimoya. Cuma tang luaran sahaja yang nampak iras-iras yang menyebabkan masyarakat Malaysia ni menamakan ia durian belanda.The Dutch's Durian. Entah apa kaitan dengan Belanda entah :P

Begitu juga dengan BEN dan TESL, dari luar memang kelihatan serupa sebab dua2 berteraskan bahasa Inggeris. Tapi dalamannya berbeza dari segi objektif dan kurikulumnya.  Secara ringkasnya, TESL ataupun Teaching English as Second Language lebih kepada bidang pengajaran dan BEN lebih kepada mendalami bahasa Inggeris itu sendiri. Pelajar2 jurusan TESL ni akan dilatih dengan kemahiran berkaitan pengajaran bahasa Inggeris dan teknik2 mengajar. BEN pula akan dilatih dengan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan  skills untuk membantu organisasi2 dalam urusan2 yang melibatkan penggunaan bahasa Inggeris khususnya urusan antarabangsa.

Jadi, inilah penjelasan serba ringkas tentang TESL dan BEN. Kami adik-beradik tapi perwatakan, cita-cita , hobi semua lain-lain. Sama macam durian dengan durian belanda.
Jadi harap2 lah lepas ni kurang sikit orang yang tanya2 lagi pasal ini.


P/S: Saya lihat English proficiency kebanyakkan pelajar2 TESL di universiti saya ni lebih mantap daripada BEN. Hmm...apa-apa pun juara Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Intra-Fakulti 2011 tetap pelajar2 BEN. Alhamdulillah..:)






No comments:

Post a Comment