Tuesday 21 August 2012

Media Berat Sebelah

Salam,


Kenapa?

Rasanya isu ni bukan lagi satu persoalan tapi dah jadi kenyataan. Sangat jelas kelihatan di kaca2 TV dan di dada2 surat khabar. Kalau budak2 sekolah rendah sekalipun diberi peluang untuk menilai sejauh mana keadilan dalam media arus perdana Malaysia ni, saya yakin ramai yg boleh kenal pihak mana yg menghentam pihak mana.

Terlalu  NYATA!

Bilamana kita baca surat khabar arus perdana seperti Utusan, Berita Harian dan yang seangkatan dengannya, kesemuanya kearah mengkritik dan membidas pembangkang. Tiada satu artikel pun yang mengkritik kerajaan seolah-olah tiada langsung kecacatan dalam pemerintahan yang dijalankan mereka. Walaupun zahir pada mata kita. Contohnya, apabila pihak A buat salah, mereka akan dikritik dari empat penjuru seolah2 tiada langsung yang benar dalam tindakan pihak A ni, tapi bila pihak B yang buat salah, seboleh2nya media akan putarbelitkan cerita untuk bagi nampak A jugak yg salah.

Nampak tak? Ini keadaan yg saya jelas nampak dalam media Malaysia sekarang ni.

Rasanya, media cetak atau media penyiaran sama sahaja 'keberatsebelahan' dia. Jadi untuk dapat update2 tentang isu2 semasa ini saya banyak rujuk daripada pelbagai sumber yang sahih dan jugak tak berapa nak sahih. Haha. Jangan kata arus perdana, media bukan arus perdana pun terkesan dengan tindakan media arus perdana lantas diorang pun sama sebarkan berita yang menyebelahi pihak diorang sahaja. Jadi, sebagai langah terbaik, kita kena bijak dalam mencari maklumat2 tentang isu semasa. Bijak menilai mana yg benar dan tidak benar. Jangan sampai terlalu taksub dengan satu-satu parti ni, sampai yang masuk dalam kepala cuma yang baik2 cantik2 je, yg tak baik hodoh lagi buruk semuanya dianggap propaganda pihak yg lagi satu.

Rasanya, ketidaktelusan media arus perdana menghebahkan berita2 pasal pembangkang dan hanya menyebelah pihak kerajaan lambat-laun akan memakan diri jugak. Rakyat Malaysia tak sejahil tu untuk menilai mana yg benar dan yg salah.

Kalaulah benar satu2 berita itu, siarkanlah ia dengan seadanya dan jangan ditokok-tambah sehingga jelas kelihatan ketidakadilannya itu.



P/S: Sejujurnya, pada pendapat saya, mana2 parti pun yang pegang tampuk pemerintahan ini akan buat benda yang sama...tak terkecuali PAS.










No comments:

Post a Comment