Tuesday 21 August 2012

Media Berat Sebelah

Salam,


Kenapa?

Rasanya isu ni bukan lagi satu persoalan tapi dah jadi kenyataan. Sangat jelas kelihatan di kaca2 TV dan di dada2 surat khabar. Kalau budak2 sekolah rendah sekalipun diberi peluang untuk menilai sejauh mana keadilan dalam media arus perdana Malaysia ni, saya yakin ramai yg boleh kenal pihak mana yg menghentam pihak mana.

Terlalu  NYATA!

Bilamana kita baca surat khabar arus perdana seperti Utusan, Berita Harian dan yang seangkatan dengannya, kesemuanya kearah mengkritik dan membidas pembangkang. Tiada satu artikel pun yang mengkritik kerajaan seolah-olah tiada langsung kecacatan dalam pemerintahan yang dijalankan mereka. Walaupun zahir pada mata kita. Contohnya, apabila pihak A buat salah, mereka akan dikritik dari empat penjuru seolah2 tiada langsung yang benar dalam tindakan pihak A ni, tapi bila pihak B yang buat salah, seboleh2nya media akan putarbelitkan cerita untuk bagi nampak A jugak yg salah.

Nampak tak? Ini keadaan yg saya jelas nampak dalam media Malaysia sekarang ni.

Rasanya, media cetak atau media penyiaran sama sahaja 'keberatsebelahan' dia. Jadi untuk dapat update2 tentang isu2 semasa ini saya banyak rujuk daripada pelbagai sumber yang sahih dan jugak tak berapa nak sahih. Haha. Jangan kata arus perdana, media bukan arus perdana pun terkesan dengan tindakan media arus perdana lantas diorang pun sama sebarkan berita yang menyebelahi pihak diorang sahaja. Jadi, sebagai langah terbaik, kita kena bijak dalam mencari maklumat2 tentang isu semasa. Bijak menilai mana yg benar dan tidak benar. Jangan sampai terlalu taksub dengan satu-satu parti ni, sampai yang masuk dalam kepala cuma yang baik2 cantik2 je, yg tak baik hodoh lagi buruk semuanya dianggap propaganda pihak yg lagi satu.

Rasanya, ketidaktelusan media arus perdana menghebahkan berita2 pasal pembangkang dan hanya menyebelah pihak kerajaan lambat-laun akan memakan diri jugak. Rakyat Malaysia tak sejahil tu untuk menilai mana yg benar dan yg salah.

Kalaulah benar satu2 berita itu, siarkanlah ia dengan seadanya dan jangan ditokok-tambah sehingga jelas kelihatan ketidakadilannya itu.



P/S: Sejujurnya, pada pendapat saya, mana2 parti pun yang pegang tampuk pemerintahan ini akan buat benda yang sama...tak terkecuali PAS.










Friday 17 August 2012

BEN dan TESL

Salam,

Hampir setiap kali saya bertemu dengan kenalan2 saya, tak kira lah sahabat-handai ataupun keluarga, soalan wajib yang akan ditanya kepada saya:

"Kau amik course ape weh?"

"Wan amik course apa?"


Saya jawab dengan ringkas tapi padat:

Saya amik BEN. Bachelor of English. BEN ni bukan TESL ya. Dia nampak je iras, tapi langsung tak seiras. TESL ni macam durian. BEN ni pulak durian belanda."


Hah.
Jawapan saya macam tu sebab dah muak dengan following question lepas tu.

"TESL ni BEN ke? BEN tu TESL ke?"

AHH!!

Shut up and read.

Siapa kata kedua-dua buah ini serupa???

Durian dengan durian belanda sangat berbeza walaupun dua2 nama dia durian. Sebenarnya durian belanda dan durian bukanlah datang dari keluarga yg sama. Durian belanda datang dari keluarga yg sama dengan buah serikaya/ cherimoya. Cuma tang luaran sahaja yang nampak iras-iras yang menyebabkan masyarakat Malaysia ni menamakan ia durian belanda.The Dutch's Durian. Entah apa kaitan dengan Belanda entah :P

Begitu juga dengan BEN dan TESL, dari luar memang kelihatan serupa sebab dua2 berteraskan bahasa Inggeris. Tapi dalamannya berbeza dari segi objektif dan kurikulumnya.  Secara ringkasnya, TESL ataupun Teaching English as Second Language lebih kepada bidang pengajaran dan BEN lebih kepada mendalami bahasa Inggeris itu sendiri. Pelajar2 jurusan TESL ni akan dilatih dengan kemahiran berkaitan pengajaran bahasa Inggeris dan teknik2 mengajar. BEN pula akan dilatih dengan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan  skills untuk membantu organisasi2 dalam urusan2 yang melibatkan penggunaan bahasa Inggeris khususnya urusan antarabangsa.

Jadi, inilah penjelasan serba ringkas tentang TESL dan BEN. Kami adik-beradik tapi perwatakan, cita-cita , hobi semua lain-lain. Sama macam durian dengan durian belanda.
Jadi harap2 lah lepas ni kurang sikit orang yang tanya2 lagi pasal ini.


P/S: Saya lihat English proficiency kebanyakkan pelajar2 TESL di universiti saya ni lebih mantap daripada BEN. Hmm...apa-apa pun juara Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Intra-Fakulti 2011 tetap pelajar2 BEN. Alhamdulillah..:)






Kali Kedua...


Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Sebenarnya ni bukanlah pertama kali saya tulis blog. Sebelum ni ada,  cuma apabila kurangnya motivasi utk merajinkan diri bagi menggagahkan otak ni utk berfikir n jari ni utk taip maka, tertamatlah riwayat blog sy yg pertama.

Well, blog ni ialah online journalism. Lebih kurang mcm diari la(wujud lg ke org yang tulis diari atas buku?)But instead of keeping only to ourself, we boast it around to the world.  Bunyi dia tak berapa nak sedap kan?Kenapa nak sebar2 diari kita kat orang?  Tapi kenapa tidak kalau dengan cara ni suara kita orang boleh dengar,  and then, mereka akan berfikir. Daripada buah2 fikiran ni la idea2 baru akan bercambah.  Sy bukanla jenis yg lantang bersuara dkt meja bulat atau kalau bagi presentation tu sampai tersembur2 air liur,  tapi saya suka melihat dan berfikir.  Yes! Sy seorang yg pemalu. Tepat sekali. :)

Daripada buah fikiran inilah sy menafsir dan terlahirnya blog ini adalah sebagai persuratan untuk tafsiran2 saya. Haha.  Ayat skema... :P

Few things about me before I proceed with more stories or whatever things going on around me..

1) Bla bla bla
2) Basketball and Tae Kwon Do are in my blood!
3)  Quiet qood in creating and imagining things(bragging rights!). If only my imagination could come out from the brain and write itself down on papers... I would have become more famous than J.K Rowling and girls would have gone crazy over me instead of Justin Bieber( Dear God, please bring back MJ and we will gladly give you Bieber in returns) =P

Itu sahaja.

Till next time.

Salam perkenalan warga internet
 =)